Saturday 26 November 2011

~kiSah Lalu Qaseh~

Assalamualaikum..
Qaseh nak mencoretkan serba sedikit tentang kisah lalu Qaseh. Kenangan-kenangan yang telah berlalu dalam hidup Qaseh yang masih segar dalam ingatan Qaseh. Sebenarnya Qaseh rindu sangat kenangan lalu yang sentiasa Qaseh sematkan dalam kotak memori Qaseh. Semenjak Qaseh bergelar kanak-kanak sehinggalah siapa Qaseh sekarang. Sememangnya tak dinafikan kenangan di masa lalu banyak mengajar kita tentang erti sebuah kehidupan.


Kehidupan Qaseh bukan sesenang yang disangka, ape yang Qaseh hajatkan mesti disertai dengan usaha. Iyelah, sejak daripada Qaseh kecil, mak ayah Qaseh tidak pernah mengajar erti kemewahan kepada Qaseh atau dengan adik-adik Qaseh yang lain. Walaupun lambat untuk mendapatkan apa yang dihajati tp dengan usaha Qaseh, alhamdulillah Qaseh dapat jugak. Kesusahan masa lalu yang banyak mengajar Qaseh erti sebuah kehidupan. Kalau tidak dek kerana masa lalu, Qaseh tidak akan menjadi Qaseh yang sekarang.


Qaseh hargai pengorbanan mak ayah Qaseh. Betapa besarnya pengorbanan mak ayah Qaseh terhadap Qaseh. Sumpah, sampai mati Qaseh tetap akan ingat dan tidak akan sekali-kali Qaseh lupa. Insyaallah, doakanlah Qaseh, semoga Qaseh berjaya capai ape yang diingini selama ni. Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa usaha. Iyelah, kadang-kadang Qaseh terkandas jugak, lalai dalam mengatur kehidupan Qaseh sendiri. Tapi Qaseh harap Qaseh dapat perbaiki. 


Qaseh bukanlah baik pon, banyak kekurangan Qaseh. Kehidupan yang berliku-liku, kadang-kadang lurus, kadang-kadang bengkang-bengkok, kadang-kadang berduri-duri, ouchhh . Kerana itu, kadang-kadang kita tak mampu nak buat sesuatu keputusan yang tepat dalam hidup kita. Kadang-kadang kita tersalah memilih jalan, kesilapan tu la menghantui kita sepanjang hidup kita. Tapi kesilapan tu jugak yang banyak mematangkan kita. betul tak ? 


Ok lah Qaseh kalau berbicara pasal hidup ni tak berkesudahan. Pesan Qaseh pada diri Qaseh juga pada teman-teman Qaseh 'tempuhilah hidup ni ngan sebaik-baik mungkin, buat yang terbaik dalan hidup, fikirkan masa depan, ingat mak ayah, jadikan pengalaman lampau sebagai guru yang terbaik dalam hidup, mudahan ia akan banyak memberi seribu jawapan kepada masa-masa yang mendatang'.  Okeilah, setakat ini je coretan Qaseh tuk kisah Qaseh ni. Wassalam ... >qasehiftitah<

~kisAh QaSeh~

Assalamualaikum ...
wah2 ... qaseh betul2 punya keinginan yang membuak2 malam nih nak create blog. Blog ni merupakam blog kedua Qaseh. Blog lama dah diremovedkan . Sory la yer , Qaseh gunakan bahasa campur lak dalam blog Qaseh ni. Adoiii , nama aje amik Ijazah Pengajian Melayu ,tp langsung xgunakan ilmu yang ade. Maaf yer, Qaseh xnak nampak formal sgt lol ,heee. Qaseh create blog ni hanya sekadar nak memenuhi masa lapang Qaseh. Insyaallah, jika ade sesuatu yang bermanfaat tuk Qaseh sharekan, Qaseh postlah kat blog Qaseh ni eh. Malam ni keterujaan tuk mencoretkan isi hati Qaseh seakan mendesak Qaseh tuk mencipta laman blog Qaseh ni. Haaa... lagi satu kalau Qaseh ade mengepost soal hati dan perasaan Qaseh janganlah meluat plak, niat Qaseh hanya sekadar mencoretkan serba sedikit tentang perasaan QAseh. Boleh kannnn , heee. Ok lepas ni Qaseh akan salu mengupdate blog nih . Ok Wassalam >qasehiftitah<